SAHABAT SEJATI

Published 6 Mei 2012 by sainsform4

12 SIFAT SAHABAT SEJATI MENURUT IMAM AL-GHAZALI

1. Jika engkau berbuat bakti kepadanya, ia akan melindungimu.

2. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas baik persahabatanmu itu.

3. Jika engkau perlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan sebagainya, ia akan membantumu.

4. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, ia akan menerima dengan baik.

5. Jika ia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripadamu, ia akan menghargai atau menyebut kebaikanmu.

6. Jika ia melihat sesuatu yang tidak baik daripadamu, ia akan menutupnya.

7. Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, ia akan mengusahakannya.

8. Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), ia akan menanyakan kesusahanmu.

9. Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, ia akan meringankan kesusahanmu (membuat sesuatu untuk menghilangkan kesusahan itu).

10. Jika engkau berkata kepadanya, nescaya ia akan membenarkanmu.

11. Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya ia akan membantumu.

12. Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya ia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.

~Semoga kita dianugerahkan sahabat seperti itu dan menjadi sahabat seperti itu.. InsyaAllah

PENCEGAHAN KEHAMILAN

Published 5 Mei 2012 by sainsform4

CARA MENGAWAL KEHAMILAN

Terdapat pasangan yang telah berkahwin yang tidak bersedia untuk menimang cahaya mata dan ada juga pasangan yang ingin menghadkan bilangan anak atau mengawal jurang umur anak-anak mereka.Oleh itu, pasangan tersebut perlu mengawal kehamilan (birth control). Terdapat 5 cara mengawal kehamilan iaitu:

  • Semulajadi : Kaedah beritma
  • Kimia : Spermicides
  • Alatan : Kondom, Diafragma, atau IUD
  • Hormon : Pil perancang kehamilan (contraceptive pills)
  • Pembedahan: Vasektomi dan Tubektomi (Ligasi)

LATIHAN

Published 5 Mei 2012 by sainsform4

Pilih jawapan yang betul. 

1 Organ yang manakah antara berikut tidak terlibat dalam sistem pembiakan lelaki?
A Testis
B Duktus sperma
C Vesikel Simen
D Ginjal
2 Organ yang manakah antara berikut tidak terlibat dalam sistem pembiakan wanita?
A Ureter
B Faraj
C Ovari
D Tiub Fallopio
3 Apakah fungsi testis?
A Menyimpan sperma
B Mengaktifkan sperma
C Menghasilkan sperma
D Membawa sperma keluar dari testis
4 Apakah fungsi ovari?
A Menyimpan ovum
B Membesarkan saiz ovum
C Menghasilkan ovum
D Membawa keluar ovum dari ovari
5 Antara berikut, yang manakah tidak benar tentang organ dan fungsinya?
Organ Fungsi
A Testis Menghasilkan sperma
B Vesikel simen Menghasilkan cecair semen
C Duktus sperma Menyalurkan sperma dari testis ke uretra
D Uretra Menyalurkan air kencing sahaja
6 Antara penyataan berikut, yang manakah tidak benar?
A Ovum boleh hidup dalam masa 24 jam sebelum disenyawakan.
B Sperma boleh hidup selama 72 jam di dalam badan wanita.
C Pertemuan ovum dan sperma berlaku pada bahagian uterus.
D Sperma boleh bergerak sendiri tetapi ovum tidak boleh bergerak.
7 Antara penyataan berikut, yang manakah tidak benar?
A Pengovulan ialah proses pembebasan ovum matang dari ovari ke tiub Fallopio.
B Persenyawaan antara ovum dengan sperma berlaku pada tiub Fallopio.
C Zigot yang terhasil selepas persenyawaan akan menempel pada dinding tiub Fallopio.
D Zigot akan berkembang menjadi fetus selama sembilan bulan.
8 Antara berikut bahagian manakah yang tidak dilalui oleh sperma?
A Uretra
B Duktus sperma
C Vesikel semen
D Skrotum
9 Bahagian ini berfungsi menyalurkan sperma dari testis ke vesikel semen. Apakah bahagian yang dimaksudkan?
A Ureter
B Skrotum
C Duktus sperma
D Vesikel semen

 

10 Rajah di atas menunjukkan sebahagian daripada organ pembiakan wanita. Apakah proses yang paling penting berlaku pada bahagian berlabel X?
A Persenyawaan
B Penempelan
C Pengovulan
D Pembesaran

NOTA SISTEM PEMBIAKAN MANUSIA

Published 5 Mei 2012 by sainsform4

 

ORGAN PEMBIAKAN LELAKI

 

ORGAN PEMBIAKAN WANITA

 

Banding Beza – Sperma dan ovum

Persamaan

Sperma

Ovum

1.      Merupakan sel pembiakan 1.      Merupakan sel pembiakan
2.      Dihasilkan dalam badan manusia 2.      Dihasilkan dalam badan manusia
3.      Mempuyai nukleus 3.      Mempunyai nukleus

 

Perbezaan

Sperma

Ovum

1.      Sel pembiakan lelaki 1.      Sel pembiakan wanita
2.      Sel terkecil dalam badan manusia 2.      Sel terbesar dalam badan manusia
3.      Mempunyai bahagian ekor untuk bergerak 3.      Tidak mempunyai ekor

 

4.      Dihasilkan oleh individi lelaki 4.   Dihasilkan oleh invidiu wanita
5.      Boleh hidup selama 72 jam dalam badan wanita 5.  Boleh hidup selama 24 jam dalam   badan wanita
6.      Berbentuk seperti berudu 6.   Berbentuk bulat